Jumaat, 8 Februari 2013

ESP - kebaikan protein soya yang terbaik

Protein

adalah salah satu sumber penting bagi keperluan badan kita. Badan kita memerlukan protein untuk menghasilkan sel-sel baru dan memperbaiki tisu-tisu badan. Protein adalah komponen utama semua otot, tisu dan organ-organ. Ia penting untuk setiap proses yang berlaku dalam badan seperti penghadaman, metabolisma, dan pengangkutan nutrient dan oksigen dalam darah. Selain itu, protein juga diperlukan untuk pengeluaran antibodi, yang melawan jangkitan dan penyakit, dan adalah nutrien utama yang membuatkan rambut kita berkilat dan sihat, kuku yang kuat, kulit yang segar dan berseri, dan tulang yang kuat dan sihat. (www.helpwithcooking.com)
Protein adalah merupakan rantaian panjang asid amino. Terdapat 22 jenis asid amino dan badan kita memerlukan kesemua asid amino tersebut. Kesemua 22 asid amino tersebut dikelaskan kepada 2 kelas, asid amino perlu (essential) dan tidak perlu (non-essential).
  • Asid amino tidak perlu adalah asid amino yang penting, walaupun begitu ia tidak perlu diambil melalui makanan kerana ia boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri (diambil dari helpwithcooking.com)

Protein soya


Protein soya datangnya dari kacang soya dan memberikan banyak manfaat. Kebaikan protein soya telah terbukti melalui kajian2 yang telah dijalankan dan antaranya: (dipetik dari US national library of medicine)
  • Kebaikan untuk ibu mengandung kerana ia boleh menggantikan kebaikan susu bagi mereka yang tidak dapat meminum susu biasa. Ia juga merupakan sumber vitamin D.
  • Mengurangkan kolesterol jika dibandingkan dengan protein dari sumber binatang (kajian Arlis dan Biermann, 2002).
  • Mencegah kanser kerana Genisten yang terdapat didalam soya membantu untuk mengurangkan risiko kanser (kajian Wardlaw 2000).
  • Mengurangkan simptom menopaus dikalangan wanita. Protein soya didapati memberi kesan positif dalam mempengaruhi keseimbangan tulang dan kalsium bagi wanita yang menopaus (Arjmandi et al. 2003)
  • Dan banyak lagi..

Protein soya Shaklee

Energizing soy protein (ESP) oleh Shaklee diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya yang mengandungi 'non-GMO' (non-genetically modified) iaitu yang tidak diubahsuai genetiknya. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari shaklee ini merupakan satu-satu produk didalam pasaran yang menjamin 9 asid amino perlu (essential) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan kandungan indek glisemik nya yang rendah iaitu 39 membuatkan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

Manfaat utama ESP Shaklee:
  1. Awet muda
  2. Baik untuk hormon
  3. Baik untuk prostat
  4. Untuk kulit remaja
  5. Pembekal tenaga
  6. Membaiki pigmentasi
  7. Membaiki memori

Tiada ulasan:

Catat Ulasan