Isnin, 18 Februari 2013

Radikal bebas - Bagaimana Antioksida Membantu

Radikal bebas adalah satu keadaan dimana badan kita menghasilkan molukel-molukel yang tidak stabil yang, jika tidak dirawati, akan mengakibatkan kerosakan pada sel-sel hidup didalam badan kita. Untuk mengupas lebih lanjut tentang radikal bebas, kita perlu memahami terlebih dahulu secara ringkas konsep kimia didalam badan kita.

Badan kita adalah terdiri dari berjuta-juta sel yang membentuk organ-organ. Sel-sel ini adalah terdiri dari pelbagai jenis molukel-molekul, sebagai contohnya H2O (molukel air). Jika di'zoom'kan setiap molukel, kita akan melihat molukel-molukel ini dibentuk oleh ikatan antara atom-atom. Kembali kepada contoh molukel air, ia adalah ikatan antara satu atom H (hidrogen) dan dua atom O (oksigen). Atom adalah zarah yang paling kecil ciptaan Allah. Secara teorinya, ia adalah terdiri daripada nukleus (pusat) yang mengandungi proton (bercaj positif) dan neutron (neutral tidak bercaj), manakala electron (bercaj negatif) mengelilingi nukleus seolah-olah mengorbit. Jika berlaku ketidakstabilan jumlah caj positif dan negatif sesuatu atom, atom tersebut secara sifatnya akan cuba menstabilkan dirinya dengan, samada:

  • Menambah atau membuang elektron berlebihan, atau
  • Berkongsi elektron dengan atom lain.

Akan tetapi, gambaran ini hanyalah sekadar ringkas. Proses yang berlaku adalah lebih rumit sebenarnya.

 

Bagaimana keadaan radikal bebas bermula?

Keadaan stabil sesuatu atom adalah apabila jumlah proton (caj positif) adalah bersamaan dengan jumlah elektron (caj negatif). Apabila molukel berada didalam keadaan yang tidak stabil, iaitu kekurangan elektron ia dipanggil sebagai 'radikal'. Radikal bebas ini akan cuba menstabilkan dirinya sendiri dengan mencuri elektron dari molukel lain dan molukel yang kemudiannya kehilangan elektron akan kemudiannya mencuri elektron dari molukel lain, dan seterusnya. Tindakbalas berantai ini adalah membahayakan keharmonian sel-sel sihat didalam badan.

 

Adakah radikal bebas suatu proses yang tidak diperlukan badan?

Tidak juga. Radikal bebas terhasil disebabkan proses-proses tertentu didalam badan. Contohnya, radikal bebas dihasilkan oleh sel-sel imun untuk meneutralkan bakteria dan virus didalam badan. Sel-sel badan kita juga mengeluarkan tenaga apabila bertindakbalas dengan oksigen yang dipanggil pengoksidaan. Proses pengoksidaan ini juga menyebabkan radikal bebas dihasilkan. Satu contoh lagi ialah bilamana berlakunya proses metabolisma, radikal bebas juga dihasilkan.

 

Bagaimana badan menghasilkan antioksida?

Walaupun begitu banyak terhasilnya radikal didalam badan, secara semulajadinya badan kita juga mempunyai cara untuk menangani radikal bebas ini. Enzim-enzim tertentu akan merembeskan apa yang dipanggil antioksida yang akan bertindak mempertahankan badan kita. Antioksida boleh dilabelkan sebagai 'scavengers' yang mana ia akan menderma satu elektron kepada radikal bebas. Walaupun mendermakan satu elektron, antioksida ini tidak bertukar menjadi radikal bebas kerana ia akan tetap didalam bentuk yang stabil walaupun tidak mempunyai elektron yang cukup.

 

Keperluan antioksida oleh badan untuk menangani radikal bebas.

Kadang-kala keperluan badan seseorang memerlukan lebih antioksida daripada jumlah yang dapat dibekalkan oleh badan. Lebih-lebih lagi apabila badan kita mengalami trauma seperti kecederaan, penyakit, dan penuaan. Terutama apabila usia meningkat, pengeluaran antioksida badan akan semakin berkurangan. Kita perlu mendapatkan sumber antioksida daripada pemakanan samaada terus daripada sumber utama seperti buah-buahan, sayuran dan lain-lain. Ataupun, kita boleh mendapatkan dari sumber kedua iaitu iaitu supplement.

 

Sumber Utama Antioksida

Tiga sumber utama antioksida adalah Vitamin E, Beta carotene, dan Vitamin C.

  • Vitamin E - d-alfa tocopherol. Adalah sejenis vitamin larut lemak terdapat dalam kacang, biji benih, minyak sayuran, bijian penuh, minyak ikan, bijirin yang diperkaya dan aprikot.
  • Beta-carotene - adalah pelopor kepada vitamin A (retinol) dan boleh didapati di dalam hati, kuning telur, susu, mentega, bayam, lobak merah, skuasy, brokoli, keladi, tomato, tembikai, pic, dan bijirin.
  • Vitamin C - Asid askorbik adalah vitamin yang larut air yang boleh didapati daripada buah-buahan dan jus sitrus, lada hijau, kubis, bayam, brokoli, kale, tembikai, kiwi, dan strawberi.

 

Supplemen Antioksida dari Shaklee

Shaklee ada menyediakan beberapa supplemen yang boleh menyediakan faedah antioksida. Antaranya:

  1. Shaklee Vita-E Complex (120bj)
  2. Shaklee Sustained Released Vita-C Plus (180bj)
  3. Chewable Vita-C Plus (90bj)
  4. GLA Complex - (60bj)
  5. Vita-Lea Iron Formula (120bj)

Sumber penulisan:

1. http://www.rice.edu/~jenky/sports/antiox.html

2. http://www.wisegeek.org/what-are-free-radicals.htm

3. http://www.healthchecksystems.com/antioxid.htm

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan