Selasa, 12 Februari 2013

Keperluan Multivitamin Untuk Semua Peringkat Umur

Apa itu vitamin?

Vitamin ialah sebatian organik yang diperlukan oleh organisma termasuk manusia sebagai nutrien penting dalam jumlah terhad. Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri, jadi memerlukan pemakanan sebagai sumber vitamin yang semulajadi. Bagi menjaminkan kesihatan yang sempurna, tubuh badan manusia memerlukan 13 jenis vitamin (livestrong.com). Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit pada badan manusia. Contohnya penyakit beriberi adalah berpunca daripada kekurangan vitamin B-1 dan penyakit skurvi adalah kerana kekurangan vitamin c. Selalunya vitamin ini didapati dengan mudahnya melalui pengambilan makanan contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
Selain pemakanan, adalah disyorkan juga untuk mendapatkan sumber vitamin-vitamin ini melalui kaedah pil-pil supplemen. Ini adalah kerana kita selalunya mengabaikan pengambilan pemakanan seimbang kedalam diet kita setiap hari disebabkan kekangan masa dan keadaan. Lebih-lebih lagi kebanyakan dari kita banyak bergantung kepada makanan yang telah diproses menyebabkan zat-zat vitamin didalam makanan tersebut telah kurang ataupun hilang. Contoh-contoh makanan yang telah diproses adalah seperti nuget dan makanan didalam tin. Sila klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan yang telah diproses.

Apakah 13 vitamin yang penting itu?

Nama VitaminFungsi didalam badanSumber semulajadi
Vitamin AAntioksida yang baik. Membantu penglihatan dan kesihatan kulit. Meningkatkan fungsi imun dan metabolisma tulang.Lobak merah, buah-buahan berwarna kuning dan oren, ikan dan telur.
Vitamin B1Penting untuk fungsi saraf dan sistem kardiovaskular (jantung). Membantu untuk penghasilan tenaga.Bijian penuh, telur, beras perang dan ubi kentang.
Vitamin B2Penting untuk penghasilan tenaga dan membantu me'metabolisma'kan lemak dan karbohidratBijian, sayuran hijau, ikan, produk tenusu, dan kekacang.
Vitamin B3Membantu membebaskan tenaga daripada karbohidrat dan menggalakkan kecantikan kulitBijian, kacang, brokoli, lobak merah, produk tenusu, tomato, telur dan daging.
Vitamin B5Membantu me'metabolisma'kan lemak, karbo, dan protein. Juga diperlukan untuk sentisis pelbagai enzimDaging, kekacang, ikan dan bijian penuh.
Vitamin B6Membantu membebaskan gula yang diperlukan untuk tenaga. Membantu metabolisma dan penghasilan sel darah merah. Juga berfaedah untuk sistem saraf.Bijian penuh, ikan, ayam dan pisang.
Vitamin B7Diperlukan untuk pertumbuhan sel. Membantu penghasilan tenaga dan menolong mengekalkan paras gula didalam darah.kacang dan kekacang.
Vitamin B9Penting dalam penghasilan DNA dan pembaikannya. Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah. Kritikal untuk dorongan pertumbuhan terutama kepada fetus dan bayi.bean, bijirin, sayuran hijau, tenusu, beras dan oren.
Vitamin B12Penting untuk fungsi otak dan saraf, dan juga pengawalan DNA. Juga turut memainkan peranan didalam pembentukan metabolisma dan sel darah merahSebahagian makanan laut, tenusu dan hati.
Vitamin CAnti oksida yang penting. Membantu menyembuhkan luka dan menyokong sistem imun. Bertindak sebagai ajen pencegah alahan (antihistamine)Buah-buahan bercitrus, strawberi, brokoli, dan sayur hijau.
Vitamin DMeningkat sistem imun. Manfaat kepada pembentukan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis (sakit sendi & tulang)Pendedahan kepada cahaya matahari, ikan salmon, sardin, dan minyak ikan kod.
Vitamin ELagi satu antioksida yang penting yang membantu melindungi sel badan daripada radikal bebas.Bijian penuh, germa gandum, kacang, dan bayam
Vitamin KPenting untuk pembekuan darahSayuran hijau, brokoli dan bunga kobis.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Kesihatan badan kita terletak pada diri kita sendiri. Buatlah pilihan terbaik. Jika kita banyak mengambil makanan segar yang mempunyai khasiat seimbang meliputi semua aspek vitamin yang oenting, Alhamdulillah. Jika tidak, carilah sumber makanan tambahan untuk menampung keperluan yang tidak cukup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan